Monday, 27 April 2009

Sahabatku...

Dahulu kita pernah berjanji
Saatku jatuh, kau disana menyambutku,
Kini kau jatuh..jauh ke dalam..
Dan aku disini untuk menyambutmu
Tapi kau berpaling,
Kau sangka ku tidak lagi pedulikanmu,
Ku sudah tidak lagi fahami perasaanmu..

Namun tidakkah kau sedar
Kerana terlalu sayangkan dirimulah..aku begini
Aku tidak mahu persahabatan kita berhenti di dunia..
Tapi untuk selamanya..

Tidakkah kau sedar, tatkala Izrail datang menjemput
ku tidak lagi terdaya membantumu...

2 comments:

Anonymous said...

as-salam,
syukur ke hadrat ilahi kerana ia masih sayang kepada hambanya.manusia ditakdirkan melalui pengalaman hidup yang berbeza-beza,ada kalanya aku menyesal atas takdirku sendiri dan bermuasabah segera bagi mensyukuri nikmatnya yang mana aku masih bernafas sehingga kini,dapat melihat,mendengar,merasai serta belum terlambat membaiki keadaan diriku.Baru ku sedar bahawa ilmu amat penting dalam meneruskan kehidupan dalam mencari dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.Apa gunanya harta yang menimbun jika tiada ketenangan.melihat sahabat yang merantau jauh dinegeri orang mencari ilmu membuatkan diriku sayu seraya berdoa agar masaku yang lepas dikembalikan.memang benar-sesungguhnya demi masa manusia itu berada didalam kerugian.Masa pasti berlalu dan ketahuilah sahabat ku sesungguhnya pengalaman kalian amat berharga dan tidak semua insan terpilih.Berjuanglah!berjuanglah!berjuanglah demi agama dan bangsamu yang diakhir zaman ini,wassalam

Anonymous said...

izwan haji omar